Ada Apa Dengan Kempen “Buy Muslim Bumiputera First”?

Kempen mengutamakan produk muslim dan bumiputera (#BMBF) bukanlah satu kempen anti masyarakat bukan Islam/non bumi dan juga bukan gerakan mana-mana parti politik.

Ia adalah terjemahan rasa kecewa dan sakit hati sebahagian besar masyarakat Islam terhadap DAP dan sekutu-sekutunya.

Sebahagian besar peniaga-peniaga dari masyarakat Cina sudah begitu sombong dan angkuh mencampuri urusan pentadbiran negara sejak DAP berkuasa.

Mereka merasakan dengan kekayaan yang ada dan kuasa DAP dalam kerajaan, mereka boleh sesuka hati melanggar hak-hak masyarakat Bumiputera, kedudukan agama Islam dan mengenakan pelbagai tekanan kepada masyarakat Islam.

Justeru warga maya Malaysia yang beragama Islam merasakan sudah tiba masanya mereka pula menggunakan kuasa beli yang ada untuk memberi pengajaran kepada DAP.

Jika DAP dan sebahagian besar peniaga Cina menggunakan kuasa dan wang dalam merubah identiti negara ini termasuk “membeli Melayu” bagi menjadi jurucakap mereka; maka apa salah masyarakat Islam cuba melemahkan kekuatan tersebut?

Ia tidak ada kena mengena dengan perkauman atau rasis. Ini adalah manifestasi masyarakat yang berasa terancam dan tertindas untuk bertindak balas secara aman dan beradab.

Jika ada sesiapa yang bersalah dari keseluruhan episod ini, ia adalah salah DAP dan Kerajaan hari ini yang berterusan mencabar kesabaran umat Islam.

Tahniah orang Islam, hari ini anda membuktikan kita tidak perlu angkat senjata atau bergaduh di jalanan bagi mempertahankan hak.

Apa pun perlu diperjelaskan kempen ini hanyalah mengutamakan barangan muslim bukannya boikot mana-mana peniaga bukan Islam.

* Tulisan oleh penganalisis isu semasa dan politik, Ab Jalil Backer.

Lain-lain berita;

Terkini! A.R Badul Terkejut Anak Lelaki Maut Terkena Tembakan

Mark Adam Berdoa Semoga Ibu Peluk Islam

CASSA Seru Lim Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Kempen Utamakan Produk Muslim

Sikap Bertoleransi Jangan Sampai Meruntuhkan Agama – Titah Agong

2 thoughts on “Ada Apa Dengan Kempen “Buy Muslim Bumiputera First”?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.