Pengguna Facebook Di Amerika dan Eropah Berang Gagal Akses Facebook

WASHINGTON – Laman sosial Facebook dilaporkan mengalami masalah gangguan perkhidmatan semalam, hingga menimbulkan kemarahan pengguna di seluruh dunia.

Mereka turut memilih media sosial, Twitter untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati masing-masing.

Menurut laman web downdetector.com, gangguan itu menjejaskan sebahagian besar pengguna di Amerika Utara dan Eropah.

Namun, ia berjaya dipulihkan dalam tempoh satu jam.

Dalam tempoh itu, orang ramai yang cuba memasuki laman web Facebook akan menerima mesej ‘tiada perkhidmatan’ dan ada juga yang menerima nota bahawa perkhidmatan itu akan pulih tidak lama lagi.

“Ketika ini, Facebook sedang mengadakan kerja penyenggaraan, tetapi anda boleh menggunakan kembali perkhidmatan ini dalam tempoh beberapa minit lagi.

“Terima kasih kerana bersabar ketika kami sedang menaik taraf laman web ini,” kata mesej berkenaan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.