Najib Terkejut Lim Guan Eng Mengaku ‘Hantam’ Sahaja Barang Basah Dikenakan Cukai 10% SST

KUALA LUMPUR – Selepas ‘troll’ berkaitan ayat terkejut dipercayai merujuk kepada kes pendakwaan rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang digugurkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memuat naik status di Facebooknya, bertajuk ‘Hantam’.

Posting itu merujuk kepada sidang media Guan Eng berkaitan kekeliruannya dengan barang mentah dan basah termasuk kerang, lala, udang, ketam serta ikan masin yang dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Saya amat terkejut (trending semalam memang untuk terkejut) dengan jawapan beliau. Dia menjawab bahawa dia keliru dengan klasifikasi barang-barang basah ini, oleh itu beliau kata dia ‘hantam’ sahaja (dia cakap, bukan saya cakap) supaya semua dikenakan cukai jualan 10 peratus.

“Oleh kerana beliau cincai ‘hantam’ sahaja, maka orang miskin perlu bayar cukai 10 peratus di atas semua makanan-makanan mentah ini,” katanya semalam.

Semalam, dalam sidang media Guan Eng, beliau berkata, senarai barangan pada Panduan Mengenai Kadar Cukai Jualan Untuk Pelbagai Barangan bagi pelaksanaan SST akan disemak dan dipinda sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata, ini kerana senarai barangan tersebut adalah bersifat dinamik dan organik yang mana kajian berterusan akan dilakukan bagi menentukan impak kepada kutipan hasil kerajaan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Najib berharap Kementerian Kewangan dapat meniliti dan menambah baik senarai SST agar makanan, minuman dan bahan asas golongan B40 tidak dikenakan cukai seperti yang dikecualikan di bawah GST dahulu.

“Guan Eng mengaku bersalah dan berjanji akan mengeluarkan kerang, udang, ketam, lala dan sotong dari senarai barang yang dikenakan cukai.

“Apapun, banyak lagi makanan mentah dan minimum seperti air tin dan air mineral lain masih dikenakan cukai jualan 5 peratus ataupun 10 peratus dan juga akan dikenakan cukai berganda jika dihidangkan di restoran,” katanya.

Di akhir posting Najib itu, beliau sempat menyindir Guan Eng di mana beliau berharap tuduhan terhadap dirinya selepas BN tewas dalam PRU14 lalu bukan ‘hantam’.

“Kita harap tuduhan hutang negara tiba-tiba dinaikkan menjadi RM1 trillion ataupun tuduhan wang GST/LHDN RM35 bilion ‘dirompak’ tidak dikeluarkan oleh beliau sekadar dengan main “hantam” sahaja juga,” katanya. – Sinar

"Hantam"Semalam saya membuat hantaran FB untuk mendedahkan bahawa cukai SST yang baru dilaksanakan juga dikenakan ke atas banyak baang-barang mentah dan basah termasuk kerang, lala, udang, ketam dan ikan masin.Baru tadi, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjawab saya melalui satu sidang media.Saya amat terkejut (trending hari ini memang untuk terkejut) dengan jawapan beliau.Dia menjawab bahawa dia keliru dengan klasifikasi barang-barang basah ini, oleh itu beliau kata dia "hantam" sahaja (dia cakap, bukan saya cakap) supaya semua dikenakan cukai jualan 10%.Oleh kerana beliau cincai "hantam" sahaja, maka orang miskin perlu bayar cukai 10% di atas semua makanan-makanan mentah ini.Guan Eng mengaku bersalah dan berjanji akan mengeluarkan kerang, udang, ketam, lala dan sotong dari senarai barang yang dikenakan cukai.Apapun, banyak lagi makanan mentah dan minimum seperti air tin dan air mineral lain masih dikenakan cukai jualan 5% ataupun 10% dan juga akan dikenakan cukai berganda jika dihidangkan di restoran.Saya harap kementerian kewangan dapat meniliti dan menambah baik senarai SST agar makanan, minuman dan bahan asas orang B40 tidak dikenakan cukai seperti yang dikecualikan di bawah GST dahulu.Kita harap tuduhan hutang negara tiba-tiba dinaikkan menjadi RM1 trillion ataupun tuduhan wang GST/LHDN RM35 bilion "dirompak" tidak dikeluarkan oleh beliau sekadar dengan main "hantam" sahaja juga.Video kredit: MalaysiaKini / KiniTV

Posted by Najib Razak on Monday, September 3, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.