Video: Warga Emas Maut Ditendang Lembu Korban

KUALA KRAI — Seorang lelaki warga emas maut selepas ditendang lembu korban, Jumaat lalu.

Kamarudin Mamat, 65, cedera dalaman di dada selepas ditendang ketika cuba mengikat kaki haiwan itu kira-kira jam 9 pagi, lapor Utusan Online.

Isterinya, Che Hasmah Abd. Rahman, 59, berkata Kamarudin kemudian diusung ke rumahnya di Kampung Dusun Durian, Seri Mahligai di sini.

“Ketika itu, suami saya masih sedar dan boleh bercakap. Arwah mengadu sesak nafas dan meninggal dunia ketika kami dalam perjalanan mendapatkan rawatan,” katanya.

Kejadian yang menimpa Kamarudin menular melalui media sosial terutama aplikasi Whatsapp. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.