Tokyo, Washington Tekan Pyongyang

TOKYO – Menteri Luar Jepun, Taro Kono dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson menyatakan persetujuan kedua-dua negara bekerjasama bagi memberi tekanan kepada Korea Utara menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami bersetuju supaya Jepun dan AS meningkatkan tekanan terhadap Korea Utara serta PBB, termasuk menguatkuasa resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan,” kata Kono kepada pemberita selepas menghubungi Tillerson menerusi telefon, lapor lapor BH.

Perbincangan antara Kono dan Tillerson itu diadakan susulan ujian nuklear kali keenam oleh Korea Utara, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.