Tahap Jawatan Timbalan KPN Dinaikkan Kepada Turus Tiga

KUALA LUMPUR – Walaupun kekal sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, tahap perjawatan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dinaikkan kepada Turus 3, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara yang baharu, Ahmad Zahid sebelum itu mengumumkan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara mulai hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan beliau baru-baru ini.

Sementara itu, jawatan Pengarah Cawangan Khas yang sebelum ini disandang Mohamad Fuzi diisi bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Yang turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Masir Kujat. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.