Sultan Ibrahim Pandu Morgan, Kembara Mahkota Johor

KUALA LUMPUR – Sultan Johor , Sultan Ibrahim Sultan Iskandar buat pertama kali akan memandu kereta beroda tiga Morgan dari Britain dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20.

Sultan Ibrahim bersama kereta beroda tiga Morgan yang unik kerana ia direka khas mengikut spesifikasi Baginda, lapor Utusan.

KMJ 2017 yang merupakan penjelajahan secara konvoi sejauh 808 kilometer merentasi semua 10 daerah di Johor akan bermula Sabtu ini.

Menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kereta beroda tiga Morgan itu unik kerana ia direka khas mengikut spesifikasi Sultan Ibrahim.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak datang terlalu hampir, mahupun menyentuh kereta Morgan itu berikutan keadaan enjin dan ekzos yang terdedah.

“Ia amat panas dan boleh mendatangkan kecederaan,” Baginda bertitah demikian kepada Royal Press Office di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Acara KMJ 2017 dijangka lebih menarik dengan Sultan Ibrahim diringi Keluarga DiRaja Johor mengambil bahagian dalam pelbagai program bersama rakyat seperti demonstrasi memasak, sukan rakyat, lawatan ke gerai-gerai dan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Baginda turut berkenan menyelam dan menyempurnakan majlis pelancaran logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di dasar laut berhampiran Pulau Mensirip, Mersin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.