Sadis, Lelaki Ini Bunuh Ibu Lalu Makan Organ Wanita itu

Apa yang dilakukan oleh lelaki ini, Sunil Kuchakurni, 35, sangat kejam. Dia sanggup menikam ibunya, Yelava, 65, dengan menggunakan pisau di dapur dan kemudiannya memotong beberapa bahagian badan wanita itu termasuk hati, lalu memakannya.

Semuanya hanya kerana wang. Sunil, yang tidak bekerja dan kaki botol itu, telah mengunjungi ibunya di bandar Kolhapur, di utara India lalu meminta wang kepada orang tua tersebut.

Bila gagal mendapatkan wang, dia telah menikam ibunya. Sunil kini ditahan di lokap polis.

“Dia seorang pemabuk dan selalu mencuri duit ibunya. Isteri dan tiga anaknya telah berpindah ke Mumbai.

“Ibunya dah bosan dengan dia lalu enggan memberikannya wang lagi. Ketika mereka bergaduh, Sunil tiba-tiba menikam ibunya hingga mati,” kata polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.