Rela Maut Ditembak Oleh Sepupu Alami Masalah Mental

MACHANG – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut ditembak oleh sepupunya yang mengalami masalah mental di Kampung Kerilla, Temangan di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, mangsa, Rosmadi Abdul Aziz,49, cedera parah di perut dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Temangan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang turut berada di tempat kejadian mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Difahamkan, ketika kejadian suspek mengalami masalah mental telah memecah masuk ke rumah mangsa sebelum bertindak mengambil senapang milik mangsa lalu menembaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani mengesahkan kejadian tersebut namun siasatan lanjut masih dijalankan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.