Khalid: Saya Dah Lakukan Yang Terbaik

Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara daripada jawatan ketua polis negara berkata beliau berbangga kerana telah melakukan yang terbaik sepanjang 41 tahun perkhidmatan dalam pasukan polis.

“Kini bila tiba masa untuk tinggalkan pasukan, saya terima. Saya dah berikan yang terbaik dan tiada perkara belum selesai yang perlu saya langsaikan,” kata Khalid dalam ucapannya ketika majlis penyerahan tugas di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid berkata beliau akan terus berjuang bersama pasukan polis dengan caranya sendiri selagi nyawa dikandung badan.

Mengenai penggantinya Datuk Mohamad Fuzi Harun, Khalid menaruh keyakinan bahawa bekas pengarah cawangan khas itu akan terus membawa pasukan polis ke mercu kejayaan dan menjadi pelindung masyarakat.

 

Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana telah memberikan sokongan dan kerpercayaan kepada beliau untuk memimpin pasukan polis.

“Polis kerja yang amat mulia untuk berjihad di jalan Allah. Saya telah abadikan seluruh jiwa raga berpegang pada satu istikamah iaitu kesetiaan.

“Bila wujud taat setia, inshaAllah kejayaan akan jadi milik kita,” katanya.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.