Jerman Mula Operasi Blockbuster

FRANKFURT – Sekurang-kurangnya 60,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka di tengah Frankfurt semalam ketika Jerman memulakan satu operasi untuk memusnahkan sebutir bom besar yang tidak meletup pada Perang Dunia Kedua yang digelar sebagai blockbuster.

Menurut AFP, ia merupakan kerja-kerja pemindahan seumpama itu di Jerman selepas perang, kata ketua keselamatan Frankfurt, Markus Frank, lapor Kosmo.

Bom buatan Britain seberat 1.8 tan yang digelar Wohnblockknacker oleh media Jerman atau blockbuster berikutan daripada keupayaannya yang mampu memusnahkan jalan raya selain menghancurkan bangunan.

Ia ditemui pada Selasa lalu ketika kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan.

Sejak itu, polis sedang me­ngawal kawasan bom yang terletak berhampiran dengan pusat bandar selain terletak kira-kira 2.5 kilometer ke utara kawasan pusat beli-belah Zeil.

Frank berkata, sebilangan rumah dan bangunan yang terletak dalam radius antara 1.5km dari kawasan itu telah dikosongkan sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

Daerah Westend yang merupakan kawasan tempat tinggal kepada kebanyakan pemilik bank terkemuka di Frankfurt terma­suk Ketua Pusat Bank Eropah, Mario Draghi yang ketika ini sedang berada di luar bandar Jerman untuk beberapa minggu.

Dua hospital utama yang terletak dalam zon pemindahan itu termasuk sebuah wad bayi baru lahir.

Kakitangan di hospital-hospital terjejas dikatakan telah mula memindahkan pesakit dan bayi ke pusat perubatan lain kelmarin.

“Kami hampir menyelesaikan kerja-kerja pemindahan di hospital namun kepada rumah warga emas akan mengambil masa yang sedikit, kata jurucakap jabatan bomba.

Bom besar itu dikatakan berkemungkinan jenis HC 4, bahan letupan berkapasiti tinggi yang lazimnya digunakan oleh Tentera Udara Diraja Britain ketika Perang Dunia Kedua selain mengandungi 1.4 tan bahan peledak.

Biarpun, polis menyifatkan tiada sebarang bahaya namun bom bersaiz besar itu menghalang mereka daripada mengambil sebarang peluang untuk memusnahkannya.

Hakikatnya, lebih 70 tahun selepas tamat peperangan ber­kenaan menyebabkan bom-bom yang masih belum meletup sering kali ditemui di Jerman susulan daripada legasi kempen pengeboman pasukan bersekutu terhadap Nazi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.