IGP Khalid: Dari Twitter Ke Pemburu Pengganas

Ketua polis negara yang baru saja bersara Tan Sri Khalid Abu Bakar barangkali adalah ketua polis yang paling menikmati liputan media sejak Tun Mohammed Hanif Omar, ketua polis negara keempat dan yang paling lama berkhidmat.

Khalid menjadi pegawai polis tertinggi negara pada 2013 dan sering tampil di khalayak umum selain aktif menguruskan akaun Twitter.

Selama tiga tahun beliau malah mampu mengekalkan kolum tulisannya di Harian Metro.

Selain kebolehan untuk melakar imej awam, apa lagi yang rakyat Malaysia akan kenang tentang beliau?

Malaysiakini melihat semula empat tahun khidmat Khalid sebagai ketua polis negara dalam senarai pendek di bawah:

1) Pasukan polis elit

Khalid menubuhkan tiga skuad khas sepanjang tempoh perkhidmatannya – Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting)

Beliau membunyai tabiat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukannya dan kejayaan operasi mereka melalui akaun Twitter yang seringkali disertai gambar barangan yang dirampas, lengkap dengan hashtag #GoPDRMgo….-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.