Dituduh Buat Pembedahan Wajah, Zara Zya Dedah IG Palsu

Pelakon wanita, Zara Zya yang tidak mudah melatah dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Terbaru, Zara ada berkongsi satu screenshot akaun Instagram palsu menerusi akaun Instagram miliknya, petik MH.

Akaun palsu itu menggunakan nama, zarazya_gile_pengkid. Di ruangan biodatanya pula tertulis bahawa Zara telah melakukan pembedahan di wajahnya.

“Dulu hidung aku macam jambu air, tapi lepas operate kt bangkok mancung dah cikit. Tulang pipi pun dh buat thread dah, tarik pakai benang. Gigi pun bangkok!!,” tulisan yang tertulis di ruangan biodata akaun palsu tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen Zara tentang perkongsiannya ini pula dia menyatakan bahawa dia memaafkan pihak yang mempunyai hasad dengki terhadap dirinya.

“Di pagi yg mulia, lepas makan nasi lemak, saya dpt tau wujudnya ig istimewa @zarazya_gile_pengkid tahniah pada siaps yang buat ig yang special ni. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Tapi fitnah bertubi-tubi. Siap cakap saya buat hidung, buat muka hahahaha… meh la jumpa depan-depan. Nak tengok ori ke tidak. Takpe saya maafkan awak siap-siap.

“Kesian hati manusia hitam macam ni. Dengki dengan orang lain tanpa sebab. Tak kisah la siapa pun awak, semoga hati awak happy lepas ni okay. Jom kita doakan dia supaya hati dia bersih. Kesian dia hidup dengan hasad dengki,” tulis kapsyennya.

Rata-rata pengikutnya telah memberikan kata-kata semangat buat Zara untuk terus bersabar dengan tuduhan yang tidak benar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.