PM Serah Kutipan Amal RM500,000 Bantu Shaaban

SHAH ALAM – Pertandingan golf amal bagi mengutip dana membantu pemain golf kebangsaan, Shaaban Hussin yang hilang kaki kiri akibat kemalangan jalan raya pada Mac lalu berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM500,000.

 

Pertandingan golf yang dikenali ‘Shaaban Hussin Golf Charity Pro-Am’ merupakan cetusan idea daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menziarahi Shaaban di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada April lalu.

 

Dalam kejohanan itu, sebanyak RM407,000 berjaya dikutip bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh Shaaban untuk menampung pembiayaan rawatan dan kehidupan isteri serta dua anak lelakinya.

 

Sumbangan dana itu disampaikan oleh Perdana Menteri kepada Shaaban.

 

Malah, Perdana Menteri turut mengumumkan tambahan bantuan sebanyak RM93,000 yang menjadikan dana keseluruhan bagi membantu bekas pemain golf kebangsaan itu berjumlah RM500,000 – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.