Video: UMNO Pekan Lapor Polis Insiden Pijak Gambar PM, Hadi Awang

Pekan – UMNO Bahagian Pekan sebentar tadi membuat laporan polis berhubung tindakan peserta perhimpunan haram Bersih 4 memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada Sabtu dan Ahad lalu.

 

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly.

 

 

Zamri  berkata tindakan individu berkenaan adalah satu penghinaan.

 

“Kita sangat berharap KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan polis segera menangkap orang yang pijak gambar perdana menteri dan presiden PAS itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di sini, Jumaat.

 

Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pekan turut membuat laporan polis berhubung perbuatan biadab itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.