Video: Pijak Gambar, Polis Digesa Ambil Tindakan Tegas

Shah Alam – Sikap biadap peserta Bersih 4.0 memijak gambar pemimpin negara pada perhimpunan haram baru-baru ini perlu dikenakan tindakan tegas sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak supaya menghormati undang-undang negara ini.

 

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz, menyifatkan tindakan tegas itu perlu memandangkan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong perhimpunan haram itu dilihat terlalu jelek selain tidak berlandaskan kehendak majoriti rakyat Malaysia yang mendokong penuh prinsip serta asas-asas demokrasi.

 

 

“Pihak penganjur Bersih 4.0 perlu bertanggungjawab terhadap sikap biadap peserta perhimpunan haram tersebut hingga gambar pemimpin negara dan pemimpin parti pembangkang (Pas) yang dihina sebegitu rupa.

 

“Kita bimbang jika tiada tindakan tegas diambil dengan segera oleh pihak polis terhadap penganjur,sesuatu yang lebih buruk akan berlaku,”katanya selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini malam semalam.

 

Turut hadir membuat laporan itu ialah Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Kota Raja, Muhd. Ali Zakariah, wakil-wakil dari NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kota Raja, Kelab Sukan dan Rekreasi Kota Raja (SRCC),Amal Permuafakatan Nur Kasih Malaysia dan Pertubuhan Gerak Prihatin Komuniti Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.