Video: Lelaki Mengamuk Depan Kaabah

Kuala Lumpur – Seorang lelaki separuh bogel menggemparkan para pengunjung Masjidil Haram apabila memanjat platform di Hijir Ismail di saat para jemaah lain sedang bertawaf mengelilingi Ka’abah.

 

Dalam kejadian tersebut, lelaki bertubuh sasa dilihat mudar-mandir sebelum menumbuk lampu di platform tersebut hingga pecah.

 

 

Berdasarkan rakaman yang dimuatnaik di laman media sosial, tindakan lelaki yang dipercayai berketurunan Africa itu turut dilihat memegang kerusi lipat sehingga menakutkan para jemaah lain yang sedang beribadat.

 

Para petugas keselamatan Arab Saudi yang berada segera bertindak menangkap lelaki tersebut bagi mengawal keadaan.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati lelaki tersebut mengalami masalah mental manakala insiden itu berlaku pada tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.