Qatar Belasah Bhutan 15-0, Myanmar, Laos, Timor Leste Turut Senasib

HONG KONG – Selain skuad Harimau Malaya, turut menerima nasib hampir sama di kalangan negara Asia Tenggara pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 malam tadi adalah Myanmar, Laos dan Timor Leste.

 

Emiriah Arab Bersatu (UAE) kenduri gol ke atas skuad bimbingan Dollah Salleh 10-0 di Abu Dhabi pada aksi Kumpulan A.

 

Myanmar pula dibelasah 9-0 oleh Kuwait di gelanggang lawannya itu pada saingan Kumpulan G Laos yang turut berada di kumpulan sama terkapai-kapai dibelasah Korea Selatan 8-0 di tempat lawannya.

 

Timor Leste pula dibelasah Arab Saudi, 7-0 di laman lawannya itu dalam saingan Kumpulan A Begitupun, keputusan dengan jaringan terbesar malam tadi adalah membabitkan saingan Kumpulan C yang menyaksikan Qatar kenduri gol membelasah Bhutan, 15-0.

 

Satu lagi pasukan Asia Tenggara, Kemboja bagaimanapun hanya ditewaskan 3-0 oleh bekas juara Asia, Jepun manakala Singapura tunduk 1-0 kepada Syria pada saingan Kumpulan E.

 

Berikut adalah keputusan penuh semua perlawanan kelayakan bagi Zon Asia:

 

KUMPULAN A

UAE 10 (Mohannad Salim m-16, Ali Ahmed Makhbout m-22, m-33, m-75, Ahmed Khalil m-24, m-29, m-71, m-78, Habib Abdullah m-25, Mohamed Ahmed m-37) MALAYSIA 0 ARAB SAUDI 7 (Yehya al-Shahri m-3, Mohamed al-Sahlawi m-23-pen, m-26, m-71, Salman al-Faraj m-30, Tasir al-Jassim m-33, Fahad al-Muwallad m-73) TIMOR LESTE 0

 

KUMPULAN B

AUSTRALIA 5 (Leckie m-6, Rogic m-8, m-20-gs, Burns m-29, Mooy m-61) BANGLADESH 0, JORDAN 0 KYRGYZSTAN 0

 

KUMPULAN C

CHINA 0 HONg KONG 0 QATAR Qatar 15 (Mohamed Mousa m-8, m-27, Mohamed Kasola m-18, Ali Asadalla m-20,m-45, m-63, Hassan Khalid m-26, m-87, Mohammed Muntari m-38, m-41, m-48, Akram Afif m-56, Boualem Khoukhi m-61, m-69, Ismail Mohamed m-75) BHUTAN 0

 

KUMPULAN D

IRAN 6 (A Dejagah m-10-pen, M Taremi m-31, m-65, S Azmoun m-34, m-41, M Torabi m-89) GUAM 0 OMAN 3 (Raeed Saleh m-7, M Saparow m-10 gs, Emad al-Hosani m-59) TURKEMINSTAN 1 (A Amanow, m-83)

 

KUMPULAN E

JEPUN 3 (Honda m-28, Yoshida m-50, Kagawa m-61) KEMBOJA 0 SYRIA 1 (Oday al-Jafal m-60) SINGAPURA 0

 

KUMPULAN F

IRAQ 5 (Ali Adnan m-37, Ali Husni m-59, Ahmed Yasin m-80, Younis Mahmoud m-88, Justin Meran m-90+1-pen) CHINESE TAIPEI 1 (Wen Chih-Hao m-86)

 

KUMPULAN G

KOREA SELATAN 8 (Lee Chung-Yong m-9, Son m-12, m-74, m-81, Kwon m-30, m-75, Suk m-57, Lee Jae-Sung m-90+4) LAOS 0 KUWAIT 9 (Yousuf Nasser m-10, 18, Ali al-Maqseed m-12, Faisal al-Harbi m-46, Zaw Min Tun m-57-gs Abdulazia al-Mishan m-61, Bader al-Mutawa 69-pen, m-89, 90+3) MYANMAR 0

 

KUMPULAN H

UZBEKISTAN 1 (A Geynrikh m-51) YEMEN 0 BAHRAIN 0 KOREAUTARA 1 (Gwan il-Jong m-41)

 

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.