Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Bot Karam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada kaum keluarga kepada penumpang yang menjadi mangsa insiden bot karam di Sabak Bernam.

 

“Kejadian bot karam di Sabak Bernam menyedihkan. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus cari dan menyelamat.

 

“Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban,” tulis Najib dalam Twitternya.

 

Sehingga kini sejumlah 13 mayat wanita dan dua lelaki telah ditemui.

 

Seramai 19 lagi penumpang termasuk seorang wanita dilaporkan selamat selepas bot yang mereka naiki bersama berpuluh penumpang lain untuk ke Tanjong Balai, Indonesia karam di perairan Selangor pada pagi semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.