Tarik Wanita Muda Malaysia Sertai UMNO Antara Fokus Puteri UMNO Pahang – Masliana

- Advertisement -

KUALA LIPIS: Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang, bertekad dan akan memperjuangkan Wanita Muda di Malaysia akan terus menjadi fokus pergerakan tersebut.

Ketua Puterinya, Masliana Ahmad berkata, sesuai dengan gelaran sayap bongsu UMNO, penubuhannya bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai parti UMNO.

Katanya lagi, Puteri adalah warisan Bongsu yang telah di amanahkan untuk suara wanita muda di Malaysia, Walau masih muda, Puteri akan terus relevan di dalam segala Onak Duri politik tanah air hari ini.

Beliau berkata demikia sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

“3hb Ogos 2001 Terciptanya sejarah di mana Puteri UMNO di lahirkan. Hari ini genaplah 20 tahun usia Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

“Cabaran dan dugaan akan dihadapi lebih-lebih lagi selepas UMNO hilang kuasa pada PRU 14 yang lepas namun Puteri UMNO Terutama Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang Akan Terus Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

“Slogan Puteri Prihatin juga melambangkan Puteri sangat komited dengan amanah yang di beri serta menjadi landasan untuk kesejahteraan Rakyat di seluruh Negara.” katanya ketika dihubungi oleh SuaraTV.

Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO mengucapkan ribuan terima Kasih kepada YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail , Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang sentiasa menyokong serta memberi ruang dan Peluang kepada Puteri UMNO Pahang dalam menjalankan amanah yang di beri.

Ujarnya lagi, untuk tahun yang ke 20 ini Puteri akan berterusan memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Wanita Muda di Malaysia.

“Selamat Menyambut Ulangtahun ke 20 tahun saya ucapkan kepada semua adik adik ahli Puteri yang saya sayangi, Terutama Semua Puteri UMNO Di Negeri Pahang dan di seluruh Negara.” katanya.

Foto: Facebook Puteri UMNO Pahang

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat