MB Perak Cadang Jual Kediaman Rasmi, Beri Alasan Tak Sesuai Didiami

IPOH – Kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Perak mungkin akan dijual memandangkan ia dilihat tidak lagi sesuai untuk didiami, kata Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, aspek keselamatan antara satu daripada sebab kediaman rasmi itu tidak lagi boleh diduduki selain lokasinya yang kurang sesuai pada ketika ini.

“Sekarang naik (terdapat) pelbagai bangunan (sekitar kediaman), maka rumah ini tidak lagi sesuai untuk MB (menteri besar) tinggal, bukan saya sahaja tapi sesiapa pun (selepas saya).

“Saya telah sembah maklumkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengenai perkara ini,” katanya dalam satu temu bual khas bersama Bernama di kediaman rasmi Menteri Besar.

Menjelas lanjut, beliau berkata, nilai tanah kawasan kediaman itu adalah tinggi dan jika ia dijual banyak projek boleh dilaksanakan seperti pembinaan rumah untuk semua Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco).

Selain itu, Ahmad Faizal berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang mengumpul cadangan daripada pelbagai pihak berhubung projek yang sesuai dilaksanakan di kawasan tersebut bagi menggantikan kediaman rasmi Menteri Besar.

“Kami akan pastikan, apapun yang akan dilaksanakan akan menjaga kepentingan negeri selain mempunyai nilai kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, jika kediaman rasmi baharu Menteri Besar dibangunkan nanti, ia akan dibina dengan teguh, cantik serta boleh dikunjungi orang awam untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Kediaman rasmi Menteri Besar yang terletak berdekatan bulatan Sultan Yusof itu dibina pada 1962 dan siap setahun kemudian. – Bernama

One thought on “MB Perak Cadang Jual Kediaman Rasmi, Beri Alasan Tak Sesuai Didiami

  • August 4, 2018 at 11:44 pm
    Permalink

    Sultan tak kecoh pasal istana tua..
    Dia plak yg kecoh..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.