Video: Tan Sri Muhyiddin Menari Hip-Hop Bersama Cucu

Kuala Lumpur – Rakaman bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melayan cucunya menari tersebar di laman sosial.

 

Melalui rakaman berdurasi 42 saat yang tersebar di laman Facebook itu, Muhyiddin dilihat ceria melayan telatah cucu-cucunyanya menari yang leka mendengar irama hip-hop.

 

 

Rakaman yang tersebar itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata tidak menyangka Timbalan Presiden UMNO yang sentiasa berpewatakan serius itu begitu ‘sporting’ ketika berada di rumah.

 

Muhyiddin dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, menerima seadaannya keputusan Perdana Menteri yang mengugurkannya dari jawatan Kabinet.

 

Menurutnya kesempatan itu akan digunakan sebaiknya untuk meluangkan lebih masa bersama ahli keluarganya.

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari Kabinet kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka mengenai isu 1MDB pada ucapannya bulan lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.