Sekarang Saya Lebih Bebas – Nasha Aziz

Kali terakhir pelakon dan peragawati Nasha Aziz muncul di khalayak menerusi projek seni sekitar Mei tahun lalu iaitu pementasan Di Bawah Lindungan Kaabah karya novelis Hamka di Panggung Sari, Istana Budaya.

 

Dalam tempoh setahun itu, Nasha sebenarnya bukan merajuk dengan dunia seni sebaliknya memberi perhatian kepada bidang perniagaan serta korporat yang diceburinya.

 

Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 itu turut enggan mengulas lanjut mengenai imej terbaharunya, sebaliknya memilih untuk merendah diri.

 

“Kalau dulu saya terikat dengan komitmen sebagai peragawati dan berlakon tapi sekarang saya lebih bebas dalam memilih apa yang saya mahu,” katanya.

 

Sementara itu, mengulas mengenai gosip dirinya dikatakan intim dengan seorang jejaka dari Asia Barat yang digambarkan masih muda dan kacak, ini jawab Nasha,

 

“Jujurnya saya kurang pasti cerita itu merujuk kepada siapa sebenarnya bagaimana pun saya tak menafikan selalu berurusan dengan ramai orang atas urusan kerja. Malah mereka juga adalah kawan-kawan saya,” katanya. – Berita Harian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.