RM2.6 Bilion Disumbang Oleh Penderma, Penyokong UMNO – Khairy

KUALA LUMPUR – Sumbangan sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberikan penyokong-penyokong UMNO.

 

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dipetik portal berita, Malaysiakini  berkata, beliau mempertahankan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ‘menganggap’ sumbangan itu diberikan untuk tujuan politik.

 

“Saya difahamkan sumbangan itu daripada penyokong-penyokong dan penderma-penderma.

 

“Apabila SPRM mengeluarkan kenyataan semalam yang memaklumkan wang yang dimasukkan ke akaun Najib adalah sumbangan, saya anggap ia adalah sumbangan untuk tujuan politik,” katanya yang juga Menteri Sukan dan Belia, selepas menghadiri satu acara di Cyberjaya, hari ini.

 

SPRM semalam mendedahkan, hasil siasatan menunjukkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib bukannya dana 1MDB, sebaliknya ia adalah sumbangan seorang penderma.

 

Khairy turut dilaporkan sebagai berkata, ia bukanlah satu jenayah untuk Najib menerima sumbangan politik.

 

“Di Malaysia, tiada undang-undang yang melarang parti-parti politik menerima sumbangan daripada penyokong,” jelasnya. – Therakyatpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.