Ringgit Tidak Akan Cecah RM4 Berbanding Dolar AS – Firma Penyelidik

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit diramal tidak mencecah paras RM4 berbanding dolar di sebalik kemerosotan ketara prestasinya akhir-akhir ini.

 

Firma penyelidik MIDF Research dalam nota penyelidikannya berpendapat nilai matawang tempatan itu menjelang akhir tahun ini diunjur didagangkan diantara RM3.80 dan RM 3.90.

 

Berdasarkan nota kajian MIDF, tidak ada satu pun unjuran penganalisis berhubung prestasi ringgit yang dikumpul Bloomberg menunjukkan nilainya akan jatuh ke paras RM4 pada akhir tahun .

 

Menurut nota kajian itu lagi, sekiranya nilai ringgit menurun lagi, ia perlulah secara tersusun berbanding kemerosatan secara tiba-tiba.

 

Justeru MIDF berpendapat prestasi lemah ringgit sekarang banyak dipengaruhi sentimen negatif luaran berbanding keadaan semasa ekonomi Malaysia .

 

Badan penyelidik itu juga meramalkan kedudukan matawang itu akan kekal sehingga Perbendaharaan Amerika Syarikat membuat keputusan berhubung kadar faedah yang dijangka diumum 17 September ini .

 

Pada Isnin, ringgit menyusut lagi sebanyak 0.7 peratus berbanding dolar di mana pada penutup ia ditutup pada RM3.85 berbading RM3.82 pada Jumaat minggu lalu. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.