Pengarah Filem Melayu Beli Arak Berbotol-botol

Dalam satu ruangan gosip Harian Metro menyebut mengenai sikap segelintir penggiat seni yang tidak pandai menjaga sensitiviti masyarakat.

 

Seorang pengarah popular didakwa dengan ghairah membeli arak, pada Ramadan lalu. Kejadian yang berlaku di sebuah kedai serbaneka 24 jam di ibu negara.

 

Pengarah yang terkenal dengan filem bebas itu dilihat leka membelek botol minuman keras.

 

Berdasarkan perbualan antara pengarah berkenaan dan pekedai yang didengar oleh sumber tersebut, memang sah, pengarah itu mahu beli air kencing syaitan.

 

Lebih mengejutkan, pengarah itu bukan beli sebotol dua, tetapi berbotol-botol. Tidak mempedulikan pelanggan beragama Islam yang lain, dia selamba berbual dengan pekerja itu mengenai jenis dan harga minuman keras.

 

Satu kedai boleh dengar perbualan itu. Ke mana menghilangnya sensitiviti dan rasa peka dalam dirinya sebagai penganut agama Islam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.