Nelydia Rancang Sambung Pengajian di Australia

Pelakon cantik Nelydia Senrose merancang melanjutkan pelajaran dalam bidang International Business demi mencari ilmu dan pengalaman untuk mengembangkan perniagaan produk kecantikan miliknya dan kakaknya, Uqasha Senrose.

 

Memetik laporan Tonton Extra, kekasih kepada pelakon dan pengacara Qi Razali ini, dia berhasrat melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Tapi memandangkan perbelanjaan di sana lebih tinggi, mungkin dia akan memilih Australia sebagai pilihan kedua

 

Katanya pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini, dia memilih untuk menyambung pelajaran di luar negara kerana ingin lebih fokus terhadapa pembelajarannya sekaligus mahu bersaing dengan pelajar pelajar bijak lain dari seluruh dunia.

 

“Saya rasa perniagaan sedikit sebanyak dapat membantu menampung kehidupan kita di masa hadapan. Bila berniaga, banyak perkara yang kita boleh pelajari. Lagipun, saya masih muda dan saya mahu mencuba pelbagai bidang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.