Maya Karin Akui Masih Pelat Bahasa Melayu

Pelakon Maya Karin selesa berlakon tanpa dialog panjang seperti dalam filem terbaharunya Nota biarpun terpaksa menzahirkan peranannya menerusi ekspresi dan bahasa tubuh.

 

Menetik laporan mStar online, Maya atau nama sebenarnya Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 36, berkata, ini kerana sebutan bahasa Melayunya masih tidak sempurna biarpun sudah banyak terlibat dalam pelbagai filem sebelum ini.

 

“Bukan saya tidak selesa bercakap dalam bahasa Melayu tetapi kadang-kala sebutan saya itu masih ‘pelat’ dan apabila pengarah memberitahu peranan saya dalam Nota tidak banyak dialog saya gembira.

 

“Namun bukan mudah untuk berlakon tanpa skrip  kerana ekspresi dan bahasa tubuh perlu tepat dalam menggambarkan sesuatu keadaan,” katanya.

 

Filem Nota arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka turut menampilkan barisan pelakon seperti Hans Isaac dan Ramli Hassan. Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 13 Ogos ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.