Derma Politik Dibenarkan Oleh Undang-Undang – Khairy

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sumbangan dana kepada mana-mana parti politik tidak menjadi kesalahan.

 

“Di Malaysia, tiada undang-undang yang halang parti politik terima sumbangan daripada penyokong mereka,” katanya.

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengumumkan, wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah derma pihak luar dan bukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Menteri Belia dan Sukan itu berkata amalan menerima derma politik daripada penyokong adalah amalan biasa parti-parti politik.

 

“Bukan sahaja Umno dan Barisan Nasional, ahli politik menerima derma daripada penyokong bagi membantu kerja politik.

 

“Saya pasti semua parti terima sumbangan dari kawan dan penyokong,” beliau berkata.

 

Mengulas lanjut Khairy menjawab ada pelbagai cara derma diterima.

 

Menurutnya, derma itu boleh masuk terus ke dalam akaun parti atau ke dalam akaun persendirian individu yang menjadi pemegang amanah untuk parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.