Tahniah Buat Skuad Badminton

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki dan wanita skuad badminton negara yang menyumbang emas kelima dan keenam Malaysia dalam temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.

“Lagi dua emas! Syabas pasukan badminton beregu lelaki dan wanita Malaysia #Glasgow2014,” kata Najib dalam catatan laman Twitter beliau.

Pingat emas kelima Malaysia hadir menerusi beregu wanita Vivian Khoo-Woon Khe Wei yang mengetepikan juara bertahan Jwala Gutta-Ashwini Ponnappa dari India dengan keputusan 21-17, 23-21.

Beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem pula mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel dengan menewaskan wakil Singapura Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart, 21-12, 12-21, 21-15.

Malaysia mengakhiri temasya Sukan Komanwel 2014 Glasgow di tangga ke-12 dengan enam emas, tujuh perak dan enam gangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.