Selfie Kubur: Farish Aziz Terima Ugutan Bunuh

Kuala Lumpur – Aktor, Farish Aziz menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak gara-gara tindakannya memuat naik gambar ‘selfie’ di pusara saudara maranya pada 1 Syawal lalu. Selain tersenyum gembira, Farish juga dilihat memijak salah satu kubur ketika dengan merakamkan gambar selfie terbabit.

Enggan memanjangkan lagi isu ‘selfie’ di kuburan itu, Farish lantas memohon maaf sekaligus tidak mahu semua pihak mensensasikan lagi isu itu. Menurut Farish, dia turut menerima ugutan bunuh serta dilemparkan pelbagai kata-kata negatif rentetan insiden itu.

“Saya enggan memanjangkan isu ini, jadi saya memohon maaf kepada pihak yang terkesan dengan tindakan saya itu. Malah, saya juga tiada berniat untuk mengguriskan perasaan sesiapa dengan membuat kenyataan balas di akaun Instagram milik saya.

Insiden yang berlaku ini bukan saja memberi impak kepada diri saya tetapi anak,isteri serta seluruh keluarga saya. Selain dilemparkan dengan kata-kata kesat, saya turut diberikan ugutan bunuh yang mana saya perlu memikirkan tentang keselamatan keluarga saya,” ujar Farish ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

Menurut Farish, dia terkilan dengan isu yang melandanya ini kerana selama ini dia tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi sebegini. Bagaimanapun, Farish mengakui terkejut dengan reaksi yang diberikan kerana sama sekali tidak menyangka gambar yang dimuat naik olehnya mengundang reaksi di luar jangkaan.

“Sememangnya saya terkejut kerana tidak menyangka gambar tersebut mengundang komen negatif sebegini. Namun jika kita lihat hashtag (#) kubur dan pusara, banyak lagi gambar sebegitu. Tetapi kerana saya memegang gelaran ‘public figure’, maka saya perlu lebih berhati-hati dengan tindak tanduk saya.

Tindakan saya memberi keterangan balas kepada orang ramai dianggap seperti ‘menjawab’, namun saya akui kesalahan saya dan belajar daripada kesilapan. Saya berterima kasih kepada peminat-peminat yang menegur saya secara baik di Instagram dan Twitter,” ujar Farish lagi.

 

Baca : Kat Kubur Ni Kena Buat Muka Sedih Je Agaknya Kan? – Farish Aziz

 

Baca : Haram ‘Selfie’ Di Kubur

 

Baca : Selfie Kubur : Selepas Dikecam Hebat, Farish Aziz Mohon Maaf

One thought on “Selfie Kubur: Farish Aziz Terima Ugutan Bunuh

  • August 24, 2014 at 12:40 am
    Permalink

    kadang-kadang apa yang kita buat kita tidak faham dan tidak mengetahui antara yang betul dan salah…sebenarnya bukan kita sengaja untuk melakukan sesuatu yang salah…bila kita buat orang anggap kita macam-macam tanpa memberi komen dan nasihat yang bersifat positif…setiap kita mungkin ada kekurangan ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara…olih itu sebelum buat sesuatu perlu minta nasihat dan bertanya pada orang yang arif mengenainya…agar kita tidak lagi melakukan perkara yang salah hingga menimbulkan aib pada diri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.