Remaja Dituduh Bunuh Wanita
Kota Tinggi – Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, pada Ahad, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas, bulan lalu.
Juvana itu dituduh membunuh Jariah Abu Bakar, 62 tahun, di rumah bernombor 1213, Blok 9, Felda Lok Heng Barat, pada jam 12.05 tengah hari, 22 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Hairul Azhar Muhamad.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan bedah siasat.