Polis Berjaya Tembak Mati Penjenayah Di Taman Medan

Petaling Jaya – Seorang penjenayah mati ditembak manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri dalam satu insiden kejar mengejar dengan anggota polis yang berakhir di PJS 3/27, Taman Medan, Petaling Jaya pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4 pagi tadi selepas pasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah IPD Serdang terserempak dengan sebuah kenderaan pelbagai guna, MPV, dalam keadaan mencurigakan.

Sebaik laporan mengesahkan kenderaan terbabit dilaporkan dicuri pada 31 Julai di Puchong, polis terus mengekori kenderaan terbabit.

Dalam usaha untuk memintas kenderaan itu seorang lelaki yang berada di dalamnya telah bertindak memberhentikan kenderaan sebelum keluar dengan memegang sebilah parang.

Melihatkan suspek bersenjata, pihak polis melepaskan dua das tembakan yang mengenai dadanya. Bagaimanapun seorang lagi rakannya yang turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kejadian berjaya meloloskan diri.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lagi rakan suspek di Puchong bagi membantu siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata suspek yang ditembak mati berusia dalam lingkungan lewat 20an.

Gerakan Ops Tutup sedang dijalankan bagi mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.