Pergi Umrah, Penyanyi Syahrini Elak Baca Komen Negatif Di Instagram

Penyanyi kelahiran Sukabumi, Indonesia iaitu Syahrini mengakui berasa cukup tenang dan tahun yang cukup bermakna buat dirinya selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri juga kedatangan bulan Syawal bersama keluarga di Tanah Suci Kota Mekah.

Namun menurut Syahrini atau nama sebenarnya Rini Fatimah Jaelani, dia mengambil keputusan untuk tidak membaca sebarang komen yang dihantar peminat dan pengikut di laman sosial Instagram nya sepanjang dia menunaikan Umrah.

“Saya tidak baca langsung komen yang dihantar oleh peminat dan pengikut di akaun Instagram setiap kali memuat naik foto sepanjang berada kerana ianya akan menganggu ibadah Umrah saya.

“Alhamdulillah perasaan saya lebih tenang walapun juga yang masih melemparkan kata-kata negatif terhadap saya. Apa yang paling utama saya merasa bahagia sewaktu berada di sini (Mekah),” ujar Syahrini seperti dipetik menerusi portal Kapan Lagi.

Baru-baru ini, penyanyi berusia 34 tahun itu telah dikritik teruk oleh pengikut laman rasmi Instagram nya selepas didakwa sengaja menunjuk-nunjuk kemewahannya ketika bercuti di Itali sebelum ke Kota Suci Mekah menunaikan Umrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.