Pendakwaan Terpilih: SPRM Perlu Siasat Peguam Negara

Bangi – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan kegagalan mereka mengambil tindakan terhadap kes menghina agama atau kaum di negara ini seperti yang didedahkan media tempatan.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, mereka seolah-olah mengamalkan pendakwaan terpilih apabila melibatkan kes penghinaan yang dilakukan oleh orang bukan Islam.

“Berapa banyak kes sehingga hari ini yang tidak diambil sebarang tindakan jika ianya melibatkan orang bukan Islam.

“Sebaliknya jika orang Islam dan Melayu yang melakukan perkara itu, dengan pantas dan segera diadakan siasatan.

“Jadi apakah sebenarnya yang menghalang IGP dan AG daripada tanggungjawab ini sehingga menyebabkan mereka yang bersalah dilindungi?” soal beliau dalam satu kenyataan.

Mengikut pendedahan beberapa sumber seperti Sinar Harian, The Malaysian Insider dan blog Bangkit.info, antara kes penghinaan terhadap agama yang masih tiada tindakan ialah melibatkan pemilik akaun Facebook Smallfield Benjamin, pemilik akaun Facebook Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang kesnya sehingga kini masih tergantung, penyanyi rap, Namewee yang lebih tujuh tahun tiada tindakan diambil ke atasnya, Pengerusi Pertubuhan Seni dan Budaya dan pemilik akaun Facebook David Orok, pemilik akaun Facebook Kwang Yung, terkini Kelvin Yap serta ramai lagi yang terlibat tetapi masih bebas tanpa tindakan.

Dalam pada itu, status 30 laporan polis yang dibuat ISMA ke atas parti chauvinis DAP dan pemimpinnya Lim Kit Siang juga sehingga kini masih tiada maklumbalas mahupun tindakan yang diambil. Ini berikutan Lim Kit Siang telah memfitnah ISMA semasa himpunan di Dataran Merdeka sempena ulang tahun pertama PRU13 pada 4 Mei lalu dan ucapan tersebut telah disiarkan di youtube pada 7 Mei 2014.

2 thoughts on “Pendakwaan Terpilih: SPRM Perlu Siasat Peguam Negara

  • August 5, 2014 at 12:16 pm
    Permalink

    SPRM pun jangan pilih kasih pulak nak siasat sesiapa yang pilih bulu sebab nanti siapa pulak nak siasat SPRM kalau SPRM pulak pilih bulu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.