Pemuda Maut Motosikal Langgar Tiang Elektrik

Kuantan – Seorang pemuda terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Kuantan – Sungai Lembing dekat Kampung Kuala Kenau, semalam.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa, Sahlan Mad Deli, 19, dari Kampung Sungai Emas, Sungai Lembing meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya kejadian jam 6.25 petang itu dipercayai berlaku semasa lelaki itu yang menunggang bersendirian dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Sungai Lembing.

Beliau berkata ketika di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh sebatang tiang elektrik.

Mohamed Fauzi berkata siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bekerja itu tidak memliki lesen memandu yang sah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.