Beratus Maut Akibat Gempa Di Yunnan

Bejing – Angka korban di wilayah Yunnan, China meningkat kepada 367 nyawa dengan jumlah mereka yang cedera hampir 2,000 orang.

Gegaran berukuran 6.3 magnitude berlaku pada petang Ahad dilapor meranap beribu bangunan termasuk sekolah.

Agensi berita Xinhua melaporkan pusat gempa dikesan di kawasan pergunungan Yunnan, bandar Longtoushan .

Dianggarkan lebih 12,000 rumah runtuh manakala lebih 30,000 lagi mengalami kerosakan dalam kejadian berkenaan.

Salah seorang penduduk yang ditemui menyifatkan musibah yang berlaku seperti kawasan pertempuran yang musnah dibom.

Susulan malapetaka yang berlaku, pihak berkuasa China menghantar 2,000 khemah bersama 3,000 selimut ke kawasan bencana.

Gegaran kuat turut dirasai di dua wilayah berhampiran iaitu Guizhou dan Sichuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.