Anwar Sanggup Gadai Maruah Agama Dan Bangsa Demi Nafsu Politik

Tanjong Karang – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias menjelaskan isu kemelut di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada Ketua Umumnya sendiri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, masalah perebutan kuasa jawatan Menteri Besar Selangor ini berlaku bagi memenuhi nafsu serakah politik Anwar sendiri.

“Isu ini berlaku tidak lain tidak bukan adalah bagi memenuhi nafsu serakah politik Anwar.”

“Dahulu sewaktu PRU, Adun Bukit Antarabangsa dipuji Anwar, namun setelah memenangi Selangor, Anwar melantik pula Khalid sebagai Menteri Besar dengan alasan beliau merupakan tokoh korporat yang bagus.”

“Seterusnya, ada pula Kajang Move yang tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar, namun setelah didapati beliau tidak layak menjadi calon untuk bertanding di Kajang, beliau menggantikan pula proksinya iaitu Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail,” ujarnya ketika ditemui di rumah terbuka Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Katanya lagi, kini apabila beliau tidak berpuas hati dengan ‘tindakan’ Khalid, beliau pula berhasrat untuk menggantikan Khalid dengan isterinya sebagai menteri besar.

“Apa semua ini? Takkanlah rakyat tidak nampak apa yang berlaku sekarang ini?” soalnya yang juga merupakan Ketua Pembangkang negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, Shamsuddin turut menjelaskan demi kepentingan nafsu politik Anwar, beliau sanggup untuk mengadaikan maruah agama dan bangsa semata-mata bagi memenuhi nafsunya.

“Anwar adalah punca kepada masalah yang berlaku di dalam PKR hari ini,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.