Surau Madani PLUS R&R Seremban lakar sejarah pertama dirikan Solat Jumaat

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SEREMBAN – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melakar sejarah apabila Surau Madani di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan, diisytiharkan sebagai surau R&R pertama di lebuh raya negara yang mendapat kelulusan untuk mendirikan solat Jumaat.

Majlis pengisytiharannya telah disempurnakan oleh Mufti Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Faudzinaim Hj. Badaruddin di Surau Madani, R&R Seremban (Arah Selatan), dekat sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Asri Abdullah; Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi; Pengarah Bahagian Pemantauan Operasi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Mohd Shahrir Amin Ahmad; Pengarah Wilayah Tengah LLM, Ir. Dr. Mohammed Ridzuan Jahidin; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JHEAINS, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin; Pegawai Agama Islam Daerah Seremban, Che Musa Che Hamat; Pengurusan Masjid Kariah Pekan Labu; dan AJK penaja kariah Surau Madani R&R Seremban (Arah Selatan).

Dalam pada itu, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata Projek Surau Madani ini adalah salah satu usaha berterusan PLUS untuk menambah baik mutu perkhidmatan.

Selain itu, menyediakan kemudahan beribadah yang selesa dan tenang selaras dengan aspirasi PLUS dalam membina ekosistem lebuh raya yang mesra pengguna, lestari serta menyokong kesejahteraan komuniti setempat.

Menurut beliau, objektif utama inisiatif pelaksanaan solat Jumaat di R&R Seremban ini adalah untuk menyediakan kemudahan beribadah kepada komuniti pemaustatin yang bekerja di R&R serta penduduk sekitar Labu dan Seremban.

Ia juga dapat memudahkan pengguna lebuh raya yang singgah untuk menunaikan solat Jumaat di surau R&R ini dan mampu menampung sehingga 150 jemaah lelaki pada satu-satu masa.

Menurutnya lagi, surau ini direka bentuk dengan menitikberatkan suasana yang selesa, nyaman dan mesra pengguna, terutama bagi warga emas dan golongan berkeperluan khas.

Di samping itu, bagi memastikan semua pengguna lebuh raya mendapat pengalaman beribadah yang lebih baik sepanjang perjalanan mereka.

Katanya, sebagai persediaan untuk menunaikan solat Jumaat, surau ini telah menjalani proses naik taraf yang meliputi pemasangan mimbar, mihrab, sistem pembesar suara dan penubuhan Jawatankuasa Kariah Penaja Surau Madani R&R Seremban (Arah Selatan).

“Jawatankuasa ini dianggotai oleh 93 pemastautin tetap yang terdiri daripada rakan-rakan niaga serta para pekerja di kawasan R&R Seremban.

“Penyediaan kemudahan ini adalah sebahagian komitmen PLUS dalam mempertingkatkan nilai tambah kepada pengguna lebuh raya, bukan sahaja dari aspek perjalanan yang selamat dan lancar malah dari sudut penyediaan fasiliti ibadah yang selesa dan tenang.

“Penyediaan kemudahan untuk mendirikan solat Jumaat ini merupakan usaha dan kolaborasi semua pihak daripada Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, JHEAINS, LLM serta semua pihak berkepentingan yang telah terlibat dalam membantu penyediaan inisiatif ini, ”katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat