Nurul Izzah dilantik Pengerusi Eksekutif Politik SIDEC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden PKR Nuru Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Politik Perbadanan Teknologi Informasi dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC).

Pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diumumkan pada Majlis Sambutan 10 Tahun SIDEC malam tadi bersama Pengarah Foxconn, Dr Chiang Shang-Yi dan Perunding Foxconn, Datuk Lai Yit Long.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Nurul Izzah akan berperanan sebagai penasihat strategik bagi komunikasi antara syarikat dan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Beliau terlibat aktif dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pembangunan generasi muda, teknologi dan juga kemahiran. Itu, adalah langkah ke depan untuk beliau terlibat bersama-sama dalam membantu dan menyusun pembangunan semikonduktor.

“Beliau juga berada di belakang tabir sebenarnya dalam beberapa pengembangansemi konduktor di Malaysia dalam tempoh setahun yang lepas. Jadi, kita ambil beliau untuk membantu menghubungkan kita dengan Kerajaan Persekutuan dan juga networking yang dibina selama beberapa tahun lepas,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan 10 Tahun SIDEC, malam tadi lapor Utusan.

Beliau berkata, SIDEC kini memberi fokus kepada pengembangan industri semikonduktor di negeri ini yang merangkumi pembangunan rekaan litar mikro (IC design) menerusi Malaysia Semiconductor IC Design Park di Puchong.

Jelas Amirudin, bagaimanapun SIDEC masih berperanan untuk melaksanakan program-program bantuan kepada peniaga-peniaga kecil bagi melatih mereka dalam pendigitalan perniagaan (e-commerce) yang kini merupakan 60 peratus daripada aktiviti ekonomi di Selangor.

“Sampai ke tahap perniagaan yang lebih tersusun. Dalam tempoh satu atau dua tahun, kita agresif dalam semikonduktor dan boleh dikatakan hampir dua tahun selepas kita memulakan inisiatif itu di Selangor dari segi IC design front sahaja, prestasi kita sudah hampir sama dengan Pulau Pinang yang penting pengembangan ekosistemnya.

“Jadi, hari ini kita sangat berbesar hati kerana tokoh-tokoh besar datang bersama menjadi penasihat. Kehadiran pemain industri seperti Shang-Yi dan Yit Long membuktikan mereka menghargai perkembangan serta progres (industri semikonduktor) yang dicapai di Selangor,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat