Kini terpulang kerajaan dan pengganti Ketua Hakim Negara teruskan amanah kebebasan kehakiman – Tengku Maimun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas ketua hakim negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata kini terpulang kepada kerajaan dan penggantinya untuk meneruskan amanah mempertahankan kebebasan badan kehakiman.

Tengku Maimun adalah wanita pertama dilantik mengetuai badan kehakiman negara apabila dilantik ketua hakim negara pada 2019 mencapai usia persaraan wajib 66 tahun semalam, dengan Selasa menjadi hari terakhir beliau berkhidmat.

Berucap ketika pelancaran bukunya baru-baru ini, Tengku Maimun berkata beliau dan bekas rakan setugas bekerja keras selama 6 tahun untuk mengangkat semula imej badan kehakiman.

“Saya tidak lagi perlu memikul beban ini.

“Masih sukar untuk saya percaya bahawa saya menghabiskan 6 tahun hidup saya sebagai ketua hakim negara, dan saya kini bersara selepas seumur hidup berkhidmat,” katanya memetik FMT.

Bukunya, Beyond The Gavel, menghimpunkan beberapa penghakiman bertulis beliau daripada Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Persekutuan, serta beberapa ucapannya sebelum ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakannya dalam kalangan peguam dan hakim yang menyumbang kepada penerbitan buku itu.

Persaraan Tengku Maimun diikuti oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, yang juga menamatkan perkhidmatan beliau semalam.

Kedua-duanya bersara sehari sebelum ulang tahun kelahiran ke-66, selaras usia persaraan wajib bagi hakim.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Hashim, yang kini merupakan hakim berpangkat tertinggi dalam badan kehakiman, dilantik sebagai pemangku ketua hakim negara.

Hasnah, yang berada di kedudukan ketiga tertinggi dalam hierarki kehakiman, mencatat sejarah hari ini apabila secara rasmi menyandang tiga jawatan tertinggi badan kehakiman secara serentak.

Hasnah sendiri telah mencapai usia persaraan wajib pada 13 Mei, namun menerima lanjutan perkhidmatan enam bulan hingga 14 Nov.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat