Protes Penutupan Jalan: Polis Siasat Adun Tanah Rata, 3 Penduduk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil Adun Tanah Rata Ho Chi Yang dan tiga penduduk untuk siasatan mengikut Seksyen 5 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Chi Yang berkata, dia dan tiga penduduk tersebut dimaklumkan oleh pihak Polis Daerah Cameron Highlands untuk ke balai polis esok (5 Jun) berhubung protes yang diadakan ekoran permintaan kerajaan negeri untuk melarang kenderaan komersial menggunakan kawasan tertentu Jalan Persekutuan 59 di Cameron Highlands ketika hujung minggu dan hari cuti bermula jam 10 pagi hingga tiga petang.

“Kami menyeru semua penduduk dan pekebun agar menghubungi Pejabat Adun Tanah Rata dengan kadar segera sekiranya mendapat panggilan atau notis daripada pihak polis.

“Pihak kami akan menyediakan perkhidmatan guaman dan menghadiri penyiasatan di balai polis bersama dengan peguam demi melindungi hak asasi anda,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Adun DAP itu menunjukkan beberapa gambar dia bersama penduduk dan pekebun Cameron Highlands mengadakan bantahan pada 30 Jun terhadap larangan itu, yang dikatakan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan tersebut.

“Sejak larangan pemanduan kenderaan barangan dilaksanakan pada 16 Jun, keadaan kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands masih ketara.

“Pada masa yang sama, larangan ini telah mendatangkan impak besar terhadap rangkaian logistik sayur-sayuran di Cameron Highlands,” katanya lapor Malaysiakini.

Chi Yang berkata penduduk mempunyai hak yang dijamin perlembagaan untuk mengadakan bantahan aman.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementeriannya hanya akan mempertimbangkan untuk menarik balik larangan tersebut sekiranya dicadangkan oleh kerajaan negeri.

 

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat