Tommy Thomas Batal Sidang Media Selepas Diminta Guna Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR — Peguam Negara, Tommy Thomas terpaksa membatalkan sidang media selepas penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendesak beliau menggunakan Bahasa Melayu.

Memetik laporan ProjekMM/MalayMail, penyokong Najib mula melaungkan sorakan ‘guna Bahasa Melayu’ ketika Thomas mahu memberi kenyataan kepada wartawan dalam bahasa Inggeris.

Beliau pada awalnya dilihat tersenyum dan membiarkan seketika untuk kumpulan itu bertenang namun kemudiannya berlalu pergi tanpa meneruskan sidang media apabila menyedari desakan semakin lantang kedengaran.

Terdahulu, ketika proses Mahkamah berlangsung, Thomas meminta izin mahkamah supaya proses pendakwaan dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara awal bulan lepas mencetuskan kontroversi apabila dibantah pelbagai pihak kerana bukan beragama Islam serta pertikaian umum terhadap kefasihannya bercakap dalam Bahasa Melayu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.