Pendakwaan Terhadap Najib Bersifat Dendam Politik

KUALA LUMPUR – Penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semenangnya telah dijangkakan.

Menurut jurucakap bekas Perdana Menteri itu, ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat telah sedari awal lagi menjatuhkan ‘hukuman bersalah’ terhadap bekas perdana menteri itu dan menyuarakan perkara tersebut secara terbuka sejak mengambil alih kerajaan.

“Dakwaan berhubung SRC International Sdn Bhd ke atas Najib yang dijadualkan akan berlangsung pada Rabu termasuk siasatan terhadap 1MDB dan AMLA dilihat bermotifkan politik.

“Ia juga adalah hasil daripada dendam politik oleh kepimpinan Pakatan Harapan dibawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Justeru Najib akan mencabar segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan membersihkan namanya di mahkamah kelak.

“InsyaAllah kebenaran akan mengatasi segalanya,” kata jurucakap terbabit.

Najib ditahan pegawai SPRM pada petang Selasa di kediamannya di Langgak Duta sebelum dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Pasukan Petugas Khas (1MDB) turut mengesahkan telah membuat tangkapan berkaitan SRC International Sdn Bhd. – Awani

2 thoughts on “Pendakwaan Terhadap Najib Bersifat Dendam Politik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.