Wanita Ini Mahu Memiliki Pinggang Paling Besar Di Dunia

WANITA bernama Bobbi-Jo Westley ada satu misi khas iaitu memiliki pinggang paling besar di dunia. Ketika ini pinggangnya berukuran 95 inci.

Dia hanya berada empat inci di belakang pemegang rekod pinggang terbesar dunia iaitu Mikel Ruffinelli. Meskipun Bobbi masih belum mencapai cita-citanya namun dia mempunyai peminat di seluruh dunia.

Dan bagi peminat paling `bererti’ baginya pula, Bobbi akan mengadakan sesi khas dengan mereka, di mana peminat terbabit akan dikenakan bayaran jika mahu Bobbi duduk di atas mereka.

“Pinggang sayalah yang membuatkan saya kelihatan unik,’’ katanya.

Namun apabila pakar pemakanan, Nadia Sharifi melawat Bobbi-Jo baru-baru ini, dia mendapati wanita itu umpama `bom jangka’ dan gaya hidupnya itu boleh menyebabkan kematian awal kepada Bobbi.

Ia adalah pilihan hidup atau mati, kata Nadia. Jelasnya, salur darah Bobbi juga boleh tersumbat dengan mudah.

Bagaimanapun di sebalik amaran terbabit, Bobbi memberitahu dia tetap mahu menjayakan matlamatnya iaitu memiliki pinggang paling besar.

“Saya faham, saya meletakkan risiko yang tinggi untuk menjayakan matlamat tersebut tetapi ia hanya sesuatu yang perlu saya lakukan.

“Saya mahu dikenang kerana sesuatu dan saya rasa dengan memiliki pinggang paling besar sahaja akan membolehkan saya diingati,’’ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.