Video: Perkasa Mahu Saman KKM Jika Syarat Longgar BM Dilulus

KUALA LUMPUR – Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) membantah keputusan kementerian Kesihatan melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan itu bercanggah dengan aspirasi rakyat Malaysia yang sepatutnya memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

Perkasa memberi masa selama 7 hari kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membatalkan kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu sebelum memfailkan kes di mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.