Video: Minta Tun M Kemuka Bukti Larang Jumpa Pelajar

KUALA LUMPUR – Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai larangan pelajar luar negara bertemu pemimpin pembangkang di luar negara disifatkan tidak berasas.

Pengerusi Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan berkata, larangan itu tidak wujud seperti didakwa malah beliau yakin pelajar Malaysia di luar negara sedia bertemu dengan semua pemimpin walaupun pembangkang.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Parti Bersatu diminta mengemukakan bukti sekiranya dihalang berjumpa dengan pelajar dari luar negara.

“Pada zaman saya contohnya, diluar negara kami terbuka berjumpa mana-mana pemimpin termasuklah BN mahupun pembangkang. Pelajar luar negara sepatutnya lebih bersifat terbuka menilai mana baik dan buruk.

“Kalau ada bukti silakan. Kalau tiada bukti saya cadangkan supaya ianya tidak diperbesarkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.