Tular Ular Sawa Batik Boleh Dimakan

Jasin – “Sorry ye nak hide pos ni…geli tahap gaban..welldone! (syabas),” antara reaksi spontan pengguna Facebook (FB) apabila melihat kek ular sawa batik yang diviralkan di laman FB.

Kek berbentuk ular bersaiz 14×20 sentimeter itu antara makanan paling pelik pernah dihasilkan pembantu pegawai undang-undang di institusi perundangan di Alor Gajah, Norhaslinda Ahmad, 35, hingga mendapat perhatian netizen.

Dia menerima pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen serta dikecam hebat namun semua itu tidak melunturkan semangatnya menghasilkan kek berbentuk pelik.

Dia yang mesra dengan panggilan Mas Intan yang juga ibu tunggal berkata, semua itu dilakukan untuk menyara dua anak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun, selain ibu bapa warga emas.

Selepas berpisah dengan suami empat tahun lalu, dia mengerah segala daya upayanya mencari idea menambah pendapatan.

Selain dari kek ular banyak juga Mas Intan menerima tempahan dengan pelbagai design.

No automatic alt text available.Image may contain: 1 person, standingImage may contain: food

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.