Suami Isteri Cuba Bunuh Diri Akibat Hutang

Disebabkan hutang, sepasang suami isteri nekad mengakhiri hidup mereka dengan minum racun serangga dalam kes yang mengejutkan jiran tentangga di Desa Mundeh Kangin, Indonesia.

Si suami, Wayan Wiarsana, 39, memilih untuk mati dengan minum racun serangga bersama isterinya, Sayu Komang Widyawati di rumah mereka.

Namun hanya suami yang meninggal dunia manakala isterinya pula dirawat di rumah sakit.

Mereka ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh bapa saudara mereka, Made Suarda, yang kemudiannya meminta bantuan jiran untuk menyelamatkan kedua-duanya.

Pasangan berkenaan sempat diberikan air kelapa muda namun hanya Sayu yang minum dan muntah manakala suaminya pula enggan minum air berkenaan.

Kedua-duanya dibawa ke hospital namun Wayan telah meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.