Remaja Dipenjara 16 Tahun, Rancang Bom Konsert Elton John

LONDON – Seorang remaja Britain dihukum penjara 16 tahun kerana merancang serangan bom di konsert penyanyi terkenal, Sir Elton John bersempena sambutan ulang tahun tragedi 9 September.

Menurut AFP, Hakim Michael Topolski ketika menjatuhkan hukuman berkata, Haroon Syed, 19 tahun sudah bersedia untuk melaksanakan serangan itu ketika ditahan pihak berkuasa, lapor RTM.

Syed, dari barat London mengaku pada April lalu bahawa dia sedang merancang aktiviti pengganas antara April hingga September tahun lalu, dengan sasaran termasuk lokasi beli-belah popular di Oxford Street dan konsert John di Hyde Park.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.